Sunday, March 21, 2010

Awat asik duk tanya ni??


Hari ni duk pikir-pikir .apa lah yang aku nak bebelkan ni..bila teringat kawan-kawan aku ramai da yang kawin..aku pulak cemburu..adoi..agaknya belum sampai seru lagi kot ( kata orang tua-tua)..pastu ade la pulak yang duk tanya-tanya aku bila nak kahwin..pening aku nak menjawabnya..senang-senang, aku cari topik dalam internet..cari cite pasal kahwin pastu post je dalam blog aku ni..bila orang tanya lagi..aku nak jawab..baca dalam blog aku..aku malas nk jawab..hahahah..Evil Laugh

..............................................................................................................................................

Penawar Buat Si Bujang : untuk yg suka bertanya

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak Si dara, ayah takut
bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(aku ambil tunang kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa) Andai memilih suami/isteri
semudah bershopping di pasar malam Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..) Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
MORAL OF THE STORY: DONT ASK ME BILA NAK KAWEN! Evil Laugh

sumber : dotcomdotmy

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?

Abang & kakak aku..comey x? hehe


Aku suka baca cerita ni..aku dapat dari email aku dulu..sampai sekarag aku simpan cerita ni..harap leh kongsi ngn kawan2 kita..sorry kalau panjang..Victory and Peace

.............................................................................

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?

InsyaAllah ..boleh buat panduan... Baca la..interesting..bnyk yang kita tak tau..
Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat
masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan
saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"
Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepa
t?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai
anak. "Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi,
orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja
mengundang reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari
maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17
tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat
lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk
membalas. "Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah
boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan
yang cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang
yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh
sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak
tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah
tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat
membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak
dapat ditimba di mana-mana menara gading.



"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk
diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun
dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah,
batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab
Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab
suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah
guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib
baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup
kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?"
cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam
lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah
berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan
baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun
masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk
tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal
pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi.
Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun
nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-
anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa
orang kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-
buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan
maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan
seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya
belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai
mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan
tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,
profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti
ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan
yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi
agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak
dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak
memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu
wacana para sarjana!


“Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau pergaulan kita itu tidak membuahkan rindu di hati manusia.”
Heart Shell


kedai kopi: kawin oo kawin..huhu

Saturday, March 20, 2010

Tahankah kereta anda?


Agak-agak anda..macam manalah rupa besi Impact Beam kereta anda?

Ini contoh Impact Beam dari Proton Savvy





Jangan nilai dri luaran !!


Ni sambungan ren tetan dari cite yang
aku cakap pasal ade budak kutuk Savvy ni..Encik yang Hensem lagi Bijak,klo xpakai savvy..jgn judge mcm ni..xbek matikan niat org yg minat kat savvy..okes?

---------------------------------------------------------
" (A) elakkan proton tiara, proton savvy dan datsun 120Y atau apa2 kereta continental seperti renault 19, peugoet 405, citroen ZX dan sebagainya. sarang tebuan jangan dijolok"

" (B) bro (A).. ape maksud ko ckap cmtu??? mantanance mhal ke??? kete savvy np xbgus??? "

" (A) datsun 120y sebuah kereta yang sudah terlalu tua, dan tidak seharusnya berada di atas jalanraya. proton tiara dan sav vy diasaskan dengan teknologi dari eropah. ketahanan dan kos selenggara diragui. sama juga dengan kereta continental lain. kereta2 seperti renault, citroen, peugoet, fiat, alfa romeo, opel/vauxhall semuanya sama baik tetapi sekiranya kita mencari kereta murah yang mudah dibela, mereka tidak boleh dijadikan pilihan. "
------------------------------------------------------------------------------
nape dorang judge savvy mcm tu sekali?? kbanyakkan org yg tak pakai savvy bagi komen mengalahkan owner savvy..try dulu beli savvy pastu baru leh komen..setuju tak kawan2 SAVOC??

---------------------------------------------------------------------------------

Komen yang di ambil dari laman Mukabuku:-

Katak Despatch
Katak Despatch
heheh buleh tunggu aku nye lower arm diperbaiki...
Tue at 11:44am ·
Man Nova
Man Nova
la apsal lower arm ko?
Tue at 11:49am ·
Kml N Nrrl
Kml N Nrrl
klu mamt tu pakai Lambo tak per lah gak..
Tue at 12:26pm ·
Katak Despatch
Katak Despatch
main lap lebey sangat hehheeh bush sudah pecah
Tue at 12:33pm ·
Mohd Hasfani Bin Ahmad
Mohd Hasfani Bin Ahmad
Nak layan jalan baru bukit putus bagitau aku tau hehehe...
Tue at 2:38pm ·
Mohd Nasery Che Rusli
Mohd Nasery Che Rusli
ramai aku jmpa org camni....tak pakai savvy pun tapi komen lebih2..tanya mana ko tau..dgr dari kawan/pakcik/jiran..cit hampeh.klo ko pakai savvy leh ugak aku caya kata ko..ni pakai kete len tapi duk komen savvy..hampes..hahahahaha
Tue at 7:15pm ·
Mohd Nasir
Mohd Nasir
tempe btol sapa yg ckp mcmtuh....
Tue at 9:05pm ·
Jentera Merah
Jentera Merah
Agree... dgn semua di atas.
Tue at 9:21pm ·
Norazurah Suhaimi
Norazurah Suhaimi
sape yg kutuk savvy 2 meh cni.. suke2 je na judge mcm tuh?? da try pakai ker?? sy rs org yg suke savvy lebih ramai dr yg xsuke.. skrg ni pn klu tgk, mkin blambak2 savvy kt jln ry.. bangge tuh..

br2 nie, tunang sy tkejut sb ade org mintk pndgn psl savvy.. org 2 sgt bminat psl savvy rupenye..
Wed at 10:09am ·
Mohd Nasery Che Rusli
Mohd Nasery Che Rusli
tula bnyak lauk dr kuah.klo mamat tu pkai savvy leh la komen lebih2.ni xpkai savvy dk komen mcm pernh pki savvy.tula,ajak join savoc xmo.if la mamat tu ada savvy.hehehe
Wed at 7:10pm via Facebook Mobile ·

Agak-Agak2 la nak kutuk..

* gambar sumber internet

Proton Savvy?nape aku cerita lagi pasal Savvy nie?padahal da 3keturunan Savvvy da keluar kalau tak silap aku sejk dari 1st batch sampaila sekarang ni..sebab apa aku cerita pasal? sebab aku ade jumpa satu forum ni duk kutuk Savvy.aku sebagai Owner Savvy ni terasa nak marah la jugak pada si pengutuk ni..da kalau tak pernah pakai,
beli,guna,miliki Savvy ni..janganla kutuk lebih-lebih..kecian aku nengok peminat Savvy ni.dari dorang minat terus down minat dorang nie..aduyaii..Panas-panas sensasi..so kita mula dari sejarah dulu yew..kasi bakar line dulu sikit,pastu baru sambung cite..kita layann..zasss.. :P

Proton Savvy: Mantap, teguh, tang
kas

SEJAK 26 bulan lalu 2005, jurutera Proton mula melakar kereta dalam kelas saiz yang sama dengan Tiara. Maka lahirlah Savvy yang tiada kaitan langsung dengan Tiara. Savvy ialah model pembangunan baru sepenuhnya, seperti dua model terkemuka sebelum ini iaitu Waja dan GEN.2.

Proton membelanjakan hampir RM500 juta untuk mengeluarkan Savvy. Pengalaman dan ketersediaan prasarana membolehkan Savvy dikeluarkan pada kos lebih rendah dan dalam masa yang lebih singkat.

Dilihat dari luar, Proton Savvy memanglah tidak nampak macam Lotus Elise atau Esprit. Tetapi yang penting, di bawah `kulit dan tulang' jentera kompak dan comel ini, tampak jelas elemen asas sebuah kereta bertenaga yang lahir daripada kejituan kejuruteraan seperti sebuah kereta Lotus, iaitu daripada aspek keteguhan casis dan kemantapan pemanduan dan kendalian.

Dalam segmen kereta kecil, Savvy memang sangat berbeza. Savvy bukanlah hanya sebuah lagi kereta kecil di pasaran. Savvy mentafsirkan empat nilai penting kepada pengguna iaitu; teguh, luas, bergaya dan prestasi berkuasa.


Inspirasi rekaan jet pejuang

Bahagian luaran Savvy diinspirasikan daripada rekaan sebuah jet pejuang serta versi moden sebuah wau, lambang warisan kita. Tema sebegini kali pertama dizahirkan pada GEN.2 dan ia akan menjadi ciri umum pada kereta Proton akan datang.

Tema atau falsafah rekaan yang membawa maksud kepantasan ini dizahirkan menerusi prestasinya. Enjin 1.2 liter keluaran Renault dan sudah digunakan di lebih 400,000 unit kenderaan di seluruh dunia, menghasilkan 74 bhp (kuasa kuda) dan 105 Nm tork. Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 170 km sejam, sekali gus menjadikannya kereta kecil terpantas dan paling mantap dikendalikan di pasaran. Sesi uji pandu tulen di litar Proton baru-baru ini mengesahkan kemantapan prestasi Savvy dan keupayaannya memecut dan dipandu laju.



BAHAGIAN belakang Savvy yang comel pasti memikat pembeli.

Perhatian rapi di sekeliling kereta ini memberikan imej nilai mutu tinggi Savvy. Rekaannya sungguh original, meskipun banyak yang sepakat bahawa panel bahagian belakang mungkin boleh diperkemaskan lagi. Begitupun, rekaan lampu belakang yang menonjol dengan jaringan madu lebah menyuntik imej tersendiri kereta ini.

Di bahagian dalaman, kabin Savvy sangat luas memandangkan kereta ini hanya sepanjang 3710 mm dan lebar 2395 mm, sudah tentu lebih luas di dalam berbanding beberapa pesaingnya seperti Chevrolet Spark, Kia Picanto, Perodua Kelisa dan Inokom Atos. Bumbung Savvy agak tinggi, sekali gus menjadikan bahagian dalaman yang luas. Kerusi belakang boleh direbahkan, menghasilkan ruang rata untuk dijadikan tilam atau untuk ruang kargo lebih luas. Di dalam but, ada disediakan jaring untuk menyimpan barang kecil.



Ciri ergonomik

Pada bahagian pemandu, ciri ergonomik sangat ketara. Panel meter yang berlatar kuning dan berilmuninasi seperti jam tangan, menyuntik keanggunan pada kereta sport comel ini. Panel meter menceritakan mengenai kelajuan (speedometer), kelajuan enjin (tachometer), jam digital dan trip meter.

Proton Savvy menggunakan enjin Renault, antara enjin termoden bagi sebuah kereta kecil. Enjin D4F ini digunakan dengan meluas oleh model Renault Clio II dan Twingo. Enjin petrol dengan 16 injap SOHC dan suntikan minyak berbilang punca (MPI) membantu menjimatkan minyak. Seperti kereta Eropah lain, enjin ini mempunyai kebuk lebih panjang bagi mencernakan lebih tork (kilas) dan kuasa.



KERUSI belakang boleh direbahkan, menghasilkan ruang rata.

Seperti Waja dan GEN.2, enjin Savvy disambungkan dengan injap pemacu menerusi satu wayar dan tekanan pada injak pemacu diterjemahkan sebagai satu isyarat elektronik dan minyak disuntik dalam kebuk pembakaran. Inilah `Drive by Wire' bagi menggantikan sistem konvensional injak minyak disambung dengan kabel.

Dengan enjin secanggih ini, maka tidak hairan Savvy boleh mencecah kelajuan lebih daripada yang dijangkakan. Savvy disasarkan mencecah kelajuan maksimum 159 km sejam tetapi daripada ujian yang dibuat, ia sudah mencecah 170 km sejam. Pecutan dari pegun ke 100 km sejam dijangka pada 13.9 saat tetapi dicapai pada 12.6 saat. Savvy jimat minyak. Ia hanya perlukan 5.3 liter untuk 100 km perjalanan pada kelajuan malar 90 km sejam.



Servis setiap 10,000 km

SELAIN harga Savvy yang murah, kos petrol juga murah iaitu 5.3 liter setiap 100 km.

penyelenggaraan juga rendah. Julat servis ialah setiap 10,000 km berbanding standard servis yang biasa dilakukan pada setiap 5,000 km. Lebih bagus lagi, penapis minyak hanya perlu ditukar setiap 20,000 km manakala ‘timing-belt’ (tali sawat) dan coolant ditukar setiap 60,000 km.

Ketika ini, varian manual lima kelajuan saja yang ditawarkan. Proton Savvy akan menjadi lebih moden tidak lama lagi apabila ia turut ditawarkan dengan pilihan kotak gear automatik-manual. Ia ialah kotak gear manual, cuma tanpa klac.

Kemantapan pemanduan Savvy sebenarnya lahir daripada pelbagai aspek. Selain enjin dan kotak gear sepadan, penyumbang terbesar ialah badan dan casisnya yang sangat keras. Badan Savvy tiga kali lebih keras berbanding Waja. Kekerasan badannya sama dengan BMW Siri 5. Keadaan ini sudah dibuktikan. Savvy menerima persijilan EURO NCAP : 3 Bintang.


Sejak menghasilkan Satria GTi, Proton semakin pakar dalam penghasilan casis dan sistem gantungan. Casis yang begitu teguh dan keras menterjemahkan mutu kendalian yang sukar dimengertikan pada sebuah kereta kecil. Savvy mempunyai tolerasni yang sangat tinggi terhadap selekoh waima pada kelajuan tinggi sekali pun. Ini juga dibantu sistem gantungan mantap. Sistem gantungan depan menggunakan topang McPherson sementera di belakang sistem tetulang dan penyerap teleskopik.

Savvy dipadankan dengan brek cakera di depan dan dram di belakang, sementara sistem brek cegah kunci (ABS) akan ditawarkan dalam varian akan datang (tentunya harga lebih berat daripada sekarang). Pada varian standard ini, Savvy mampu mampu berhenti dalam tempoh 49 meter pada kelajuan 100 km sejam.

Meskipun Savvy bukanlah dalam kategori saiz yang sama dengan Perodua Myvi, pelancaran mereka pada tempoh hampir sama membuatkan perbandingan tidak dapat dielakkan. Savvy berada pada julat harga pertengahan antara Myvi 1.0 liter dan 1.3 liter (antara RM41,500 hingga RM51,500 seunit)

Proton Tiara tinggal dalam lipatan kenangan dan dijadikan pengajaran. Savvy ialah sandaran Proton meraih kepercayaan generasi sekarang terhadap model keluaran Proton akan datang. Savvy, GEN.2 dan Waja yang lebih berkualiti adalah sandaran Proton mengubat luka dan kekecewaan pembeli Proton sebelum ini.


SPESIFIKASI:

Aspek penting Savvy
Enjin : 4-selinder 16-injap D4F

* sumber : dotcomdotmy

Hari-hari hari sibuk




Salam semua,

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan (4) April 2010 dah kita ni..rasa macam cepat sangat masa berlalu.
Kerja kat ofis makin hari makin bertambah..tu yang sibuk sikit tak dapat nk "update" blog kwe nie..PC memang selalu kawe menghadap, tapi duk tgk Sistem je..nk "online" pun kejap-kejap je ..tu pun kalau waktu rehat..curi-curi sekejap masa waktu makan..hahahaha..nasib baik ade Broadband DIGi ku ini..bole jugak "updated" tengah-tengah malam macam ni..hahaha...

Wanita & Lelaki??





WANITA
: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA . WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut … Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan … Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


…...................................................................................................................


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….. Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Friday, March 5, 2010

Mata Merah



Salam semua..lama dah kawe tak buka blog ni sejak 2nd post haritu..berhabuk da blog ni..hehehe..hari nie kene amik MC..sebab mata merah..berjangkit punya pasal..ekceli da 3hari dak merah..cuma baru hari ni da teruk sangat..tu yang pergi jmpa doktor tadi..cek2 mata amik ubat titis..dapat MC 2hari..heheh..baiknya doktor..hehehe

Kalu sakit mata ni,nak mengadap PC buat kerja pun pening mata lihat PC..ni pun saja laratkan mata mengadap blog ni..updated blog..yela..dah nama blog..kalau takde cite dlm blog takjadi la blog..kan? cemburu jugak tengok bloggers lain pandai main kata-kata dalam blog dorang..blog kawe sempoi je..biasa2 je..hahaha..takpela..baru2 nak biasa..nant2 pandaila.hahaha..ni sedikit info kawe dapat dlm forum Oyak.net pasal sakit mata ni..harap dapat kongsi ngn kawan2 sume..harap mata merah ku cepat sembuh..hehehe..aminn..



................................................................................

Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad

MATA merah adalah gejala yang sering berlaku. Selalunya kita risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair, menjadi kabur atau sakit. Sebenarnya ia gejala yang dapat memberi amaran ada sesuatu yang tidak kena pada mata kita dan harus mengambil tindakan.

Oleh itu, penting bagi seseorang mengetahui serba sedikit bila mereka perlu mengambil tindakan segera atau masih boleh menunggu beberapa hari sebelum mendapat rawatan doktor mata.

Mata kita membabitkan kelopak mata dan biji mata. Jika sesuatu berlaku pada kelopak mata, ia tidak menyebabkan kebutaan.

Penyebab kemerahan mata yang sering berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit berasa gatal dan mata sering berair. Bagaimanapun, penglihatan tidak terganggu dan ia dapat dirawat dengan ubat titis.

Bagi kanak-kanak, selain berdepan masalah mata, mereka sering mengalami alahan dan penyakit lelah. Penyakit kelopak mata yang boleh menyebabkan mata merah pada kanak-kanak adalah ketumbit.

Satu lagi penyebab penyakit mata yang sering berlaku ialah konjuntivitis. Gejala dialami pesakit juga sangat jelas, mata menjadi merah, berair, merasa silau dan ada banyak tahi mata.

Penyakit membabitkan biji mata mungkin mengganggu penglihatan apabila berlaku perubahan pada struktur mata. Penyakit ini hanya dapat dikesan pakar mata.

Antara masalah paling biasa ialah gejala mata merah. Mengapa mata seseorang menjadi merah? Banyak faktor menyebabkan mata menjadi merah. Faktor ini boleh dibahagikan kepada penyebab yang bahaya dan tidak bahaya.

Penyebab yang tidak bahaya ialah konjuntivitis, iaitu keradangan pada lapisan konjuntiva (lapisan mukus lembut yang menutup bahagian depan mata dan bahagian dalam kelopak mata) serta tidak membabitkan struktur penting mata seperti kornea.

Penyebab bahaya pula ialah glaukoma, uveitis dan jangkitan kuman pada kornea yang dipanggil ulser kornea.

Apakah gejala penting yang harus diberi perhatian?


Dua gejala penting harus diberi perhatian, iaitu:
# Gangguan penglihatan
# Kesakitan pada mata

Jika ini berlaku, pesakit harus segera berjumpa doktor mata. Gambar A menunjukkan pesakit mengalami masalah mata merah, rasa sakit dan kekaburan penglihatan. Selepas dirujuk kepada pakar mata, beliau didapati menghidap skleritis atau radang pada lapisan luar mata (sklera). Kesakitan itu sembuh dengan rawatan yang diberi.

Apakah jenis penyakit yang menyebabkan kesakitan pada mata?


Antara penyakit yang menyebabkan kesakitan ialah glaukoma akut, uveitis, ulser kornea dan skleritis (keradangan sklera).

Apa akan berlaku jika seseorang lewat mendapat rawatan?


Besar kemungkinan menyebabkan kerosakan pada struktur di dalam mata dan saraf mata yang akan menyebabkan kebutaan.

Bagaimana kebutaan boleh berlaku pada pesakit yang mengalami glaukoma akut?

Glaukoma akut berlaku kerana peningkatan tekanan dalam mata secara mendadak sehingga menyebabkan kemerahan mata dan kesakitan yang amat sangat. Pesakit memerlukan rawatan segera kerana jika tidak, akan berlaku kerosakan saraf optik berlaku yang boleh menyebabkan kebutaan.

Apakah penyebab utama ulser kornea di negara kita?

Antara penyebab utama ulser kornea ialah penggunaan kanta lekap. Risiko menjadi lebih tinggi jika pemakai tidak mengamalkan kaedah penjagaan dan kebersihan seperti disaran.

Bolehkah jangkitan kuman menyebabkan kebutaan?

Jangkitan kuman menyebabkan mata pesakit menjadi merah, berasa sangat sakit dan muntah.

Mengapa pemakai kanta lekap boleh mengalami mata merah?

Keadaan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit akan menjadi buta. Ulser kornea disebabkan kuman pada mata seorang pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkannya.

Apa harus dilakukan pemakai kanta lekap jika mata menjadi merah?

Perkara pertama dan paling penting ialah tidak memakai kanta lekap berkenaan; sebaliknya terus membawa kanta lekap dan bekasnya berjumpa doktor mata. Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu untuk memastikan sama ada ia mengandungi kuman. Rawatan segera mencegah kebutaan.

Apa tindakan doktor?

Doktor memeriksa ketajaman penglihatan dan memeriksa mata pesakit, seterusnya menentukan penyebab mata merah.

Apakah rawatan untuk ulser kornea?


Ubat titis antibiotik diberi dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit harus mendapat rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.

Nasihat kepada pesakit dan doktor yang merawatnya?

Doktor harus bertanya dua soalan kepada pesakit yang mengalami mata merah iaitu:
# Adakah mata pesakit berasa sakit?
# Adakah penglihatan mereka terganggu?

Jika pesakit menjawab ya bagi kedua-dua soalan, dia perlu dirujuk kepada pakar mata dengan segera. Jika tidak, besar kemungkinan pesakit menjadi buta jika masalah mata merah berpunca daripada penyebab berbahaya seperti jangkitan kuman.

Bagaimana uveitis menyebabkan mata sakit?

Keradangan dalam mata menyebabkan pengeluaran bahan radang yang menimbulkan kesakitan.

Bolehkah penyakit tibi membabitkan mata?

Ia boleh berlaku dan selalunya menjadi lebih teruk jika tidak dikesan dan diberi rawatan awal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...