Saturday, March 20, 2010

Agak-Agak2 la nak kutuk..

* gambar sumber internet

Proton Savvy?nape aku cerita lagi pasal Savvy nie?padahal da 3keturunan Savvvy da keluar kalau tak silap aku sejk dari 1st batch sampaila sekarang ni..sebab apa aku cerita pasal? sebab aku ade jumpa satu forum ni duk kutuk Savvy.aku sebagai Owner Savvy ni terasa nak marah la jugak pada si pengutuk ni..da kalau tak pernah pakai,
beli,guna,miliki Savvy ni..janganla kutuk lebih-lebih..kecian aku nengok peminat Savvy ni.dari dorang minat terus down minat dorang nie..aduyaii..Panas-panas sensasi..so kita mula dari sejarah dulu yew..kasi bakar line dulu sikit,pastu baru sambung cite..kita layann..zasss.. :P

Proton Savvy: Mantap, teguh, tang
kas

SEJAK 26 bulan lalu 2005, jurutera Proton mula melakar kereta dalam kelas saiz yang sama dengan Tiara. Maka lahirlah Savvy yang tiada kaitan langsung dengan Tiara. Savvy ialah model pembangunan baru sepenuhnya, seperti dua model terkemuka sebelum ini iaitu Waja dan GEN.2.

Proton membelanjakan hampir RM500 juta untuk mengeluarkan Savvy. Pengalaman dan ketersediaan prasarana membolehkan Savvy dikeluarkan pada kos lebih rendah dan dalam masa yang lebih singkat.

Dilihat dari luar, Proton Savvy memanglah tidak nampak macam Lotus Elise atau Esprit. Tetapi yang penting, di bawah `kulit dan tulang' jentera kompak dan comel ini, tampak jelas elemen asas sebuah kereta bertenaga yang lahir daripada kejituan kejuruteraan seperti sebuah kereta Lotus, iaitu daripada aspek keteguhan casis dan kemantapan pemanduan dan kendalian.

Dalam segmen kereta kecil, Savvy memang sangat berbeza. Savvy bukanlah hanya sebuah lagi kereta kecil di pasaran. Savvy mentafsirkan empat nilai penting kepada pengguna iaitu; teguh, luas, bergaya dan prestasi berkuasa.


Inspirasi rekaan jet pejuang

Bahagian luaran Savvy diinspirasikan daripada rekaan sebuah jet pejuang serta versi moden sebuah wau, lambang warisan kita. Tema sebegini kali pertama dizahirkan pada GEN.2 dan ia akan menjadi ciri umum pada kereta Proton akan datang.

Tema atau falsafah rekaan yang membawa maksud kepantasan ini dizahirkan menerusi prestasinya. Enjin 1.2 liter keluaran Renault dan sudah digunakan di lebih 400,000 unit kenderaan di seluruh dunia, menghasilkan 74 bhp (kuasa kuda) dan 105 Nm tork. Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 170 km sejam, sekali gus menjadikannya kereta kecil terpantas dan paling mantap dikendalikan di pasaran. Sesi uji pandu tulen di litar Proton baru-baru ini mengesahkan kemantapan prestasi Savvy dan keupayaannya memecut dan dipandu laju.



BAHAGIAN belakang Savvy yang comel pasti memikat pembeli.

Perhatian rapi di sekeliling kereta ini memberikan imej nilai mutu tinggi Savvy. Rekaannya sungguh original, meskipun banyak yang sepakat bahawa panel bahagian belakang mungkin boleh diperkemaskan lagi. Begitupun, rekaan lampu belakang yang menonjol dengan jaringan madu lebah menyuntik imej tersendiri kereta ini.

Di bahagian dalaman, kabin Savvy sangat luas memandangkan kereta ini hanya sepanjang 3710 mm dan lebar 2395 mm, sudah tentu lebih luas di dalam berbanding beberapa pesaingnya seperti Chevrolet Spark, Kia Picanto, Perodua Kelisa dan Inokom Atos. Bumbung Savvy agak tinggi, sekali gus menjadikan bahagian dalaman yang luas. Kerusi belakang boleh direbahkan, menghasilkan ruang rata untuk dijadikan tilam atau untuk ruang kargo lebih luas. Di dalam but, ada disediakan jaring untuk menyimpan barang kecil.



Ciri ergonomik

Pada bahagian pemandu, ciri ergonomik sangat ketara. Panel meter yang berlatar kuning dan berilmuninasi seperti jam tangan, menyuntik keanggunan pada kereta sport comel ini. Panel meter menceritakan mengenai kelajuan (speedometer), kelajuan enjin (tachometer), jam digital dan trip meter.

Proton Savvy menggunakan enjin Renault, antara enjin termoden bagi sebuah kereta kecil. Enjin D4F ini digunakan dengan meluas oleh model Renault Clio II dan Twingo. Enjin petrol dengan 16 injap SOHC dan suntikan minyak berbilang punca (MPI) membantu menjimatkan minyak. Seperti kereta Eropah lain, enjin ini mempunyai kebuk lebih panjang bagi mencernakan lebih tork (kilas) dan kuasa.



KERUSI belakang boleh direbahkan, menghasilkan ruang rata.

Seperti Waja dan GEN.2, enjin Savvy disambungkan dengan injap pemacu menerusi satu wayar dan tekanan pada injak pemacu diterjemahkan sebagai satu isyarat elektronik dan minyak disuntik dalam kebuk pembakaran. Inilah `Drive by Wire' bagi menggantikan sistem konvensional injak minyak disambung dengan kabel.

Dengan enjin secanggih ini, maka tidak hairan Savvy boleh mencecah kelajuan lebih daripada yang dijangkakan. Savvy disasarkan mencecah kelajuan maksimum 159 km sejam tetapi daripada ujian yang dibuat, ia sudah mencecah 170 km sejam. Pecutan dari pegun ke 100 km sejam dijangka pada 13.9 saat tetapi dicapai pada 12.6 saat. Savvy jimat minyak. Ia hanya perlukan 5.3 liter untuk 100 km perjalanan pada kelajuan malar 90 km sejam.



Servis setiap 10,000 km

SELAIN harga Savvy yang murah, kos petrol juga murah iaitu 5.3 liter setiap 100 km.

penyelenggaraan juga rendah. Julat servis ialah setiap 10,000 km berbanding standard servis yang biasa dilakukan pada setiap 5,000 km. Lebih bagus lagi, penapis minyak hanya perlu ditukar setiap 20,000 km manakala ‘timing-belt’ (tali sawat) dan coolant ditukar setiap 60,000 km.

Ketika ini, varian manual lima kelajuan saja yang ditawarkan. Proton Savvy akan menjadi lebih moden tidak lama lagi apabila ia turut ditawarkan dengan pilihan kotak gear automatik-manual. Ia ialah kotak gear manual, cuma tanpa klac.

Kemantapan pemanduan Savvy sebenarnya lahir daripada pelbagai aspek. Selain enjin dan kotak gear sepadan, penyumbang terbesar ialah badan dan casisnya yang sangat keras. Badan Savvy tiga kali lebih keras berbanding Waja. Kekerasan badannya sama dengan BMW Siri 5. Keadaan ini sudah dibuktikan. Savvy menerima persijilan EURO NCAP : 3 Bintang.


Sejak menghasilkan Satria GTi, Proton semakin pakar dalam penghasilan casis dan sistem gantungan. Casis yang begitu teguh dan keras menterjemahkan mutu kendalian yang sukar dimengertikan pada sebuah kereta kecil. Savvy mempunyai tolerasni yang sangat tinggi terhadap selekoh waima pada kelajuan tinggi sekali pun. Ini juga dibantu sistem gantungan mantap. Sistem gantungan depan menggunakan topang McPherson sementera di belakang sistem tetulang dan penyerap teleskopik.

Savvy dipadankan dengan brek cakera di depan dan dram di belakang, sementara sistem brek cegah kunci (ABS) akan ditawarkan dalam varian akan datang (tentunya harga lebih berat daripada sekarang). Pada varian standard ini, Savvy mampu mampu berhenti dalam tempoh 49 meter pada kelajuan 100 km sejam.

Meskipun Savvy bukanlah dalam kategori saiz yang sama dengan Perodua Myvi, pelancaran mereka pada tempoh hampir sama membuatkan perbandingan tidak dapat dielakkan. Savvy berada pada julat harga pertengahan antara Myvi 1.0 liter dan 1.3 liter (antara RM41,500 hingga RM51,500 seunit)

Proton Tiara tinggal dalam lipatan kenangan dan dijadikan pengajaran. Savvy ialah sandaran Proton meraih kepercayaan generasi sekarang terhadap model keluaran Proton akan datang. Savvy, GEN.2 dan Waja yang lebih berkualiti adalah sandaran Proton mengubat luka dan kekecewaan pembeli Proton sebelum ini.


SPESIFIKASI:

Aspek penting Savvy
Enjin : 4-selinder 16-injap D4F

* sumber : dotcomdotmy

2 comments:

  1. Pakai davvy myk jimt power dpt 175kmj atas hway...0-160kmj cepat je sampai...tapau myvi kt selekoh pun dh done..dri pakai ex5 basah n panas..baik beli savvy y skrg dh murah2 dh..acc pun cun2 utk modified...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...