Friday, May 27, 2011

Apa nak jadi ngan fesyen Orang Perempuan sekarang ni??


Kadang2..aku pelik anak gadis zaman sekarang ni..pakai baju macam xpakai baju..klo yg xbertudung tu selalu la kita tengok..tapi yg bertudung ayu,comel,kiut,sopan tu..kadang2 fesyen dorg pelik2 mengalahkan yg xbertudung..atas bertutup..tapi baju..ketat..seksi..selak sana..selak sini..lebih2 lagi skrg fesyen Stongan = Stoking Tangan ni dah jadi tren pada anak2 gadis & mak gadis zaman skrg..mcm2 kaler..mcm2 fesyen..yang aku tahu..tujuan sebenar Stogan ni utk mereka yg pakai baju Kurung,Jubah senang cite baju bertutup yg lengan baju dia labuh & luas bole menampakan aurat lengan serta bulu ketiak (erkk) , mereka2 memilih utk pakai stogan ni utk melindungi aurat di bahagian lengan meraka..tapi sekarang da di salah erti la plak..gadis2 yg bertudung..tapi nak pakai baju uptodate sikit.nk pakai tshirt lengan pendek..so dorg guna la stogan ni.nak kaver lengan dorg konon..tutup aurat la sangat..klo ikutkan tu bukan tutup..tu balut lengan..lagi la menampakkan lengan mereka yg keding macam batang padi..so xtutup juga aurat..makin nampak berahi pada lelaki yg tengok..adela..ntahla..aku pun xpham..klo awek aku pakai cmtu..lama da aku ceramah..bukan ape..buruk la tengok .(walaupan fesyen di mata dorg)..ingt lawa sangat?..pakai baju elok2la sikit..bole x?





pastu ni se ag fesyen wanita bertudung yg mengarut dan lucah..pemakaian Legging..yang aku tau Legging2 ni..org pakai wat g senam robik..pastu buat seluar dalam klo pakai kain baju kurung..tapi dorg ni sengal g pakai buat jalan2..melambak bole tengok kat mana2..bini orang xbini orang..anak dara xanak dara..sume sama..yg naik berahi orang lelaki..sudah2la..makin2 hari makin banyak peningkatan kes rogol,bunuh,cabul..sume2 ni ade kaitan ngn fesyen & pemakaian pelik org popuan..xkn xserik2 kot tgk dlm berita?sok kabar?
duk tunjuk sangat kita punya aurat senang2 kat laki..tengok wayang free..klo bumper besa lagi la makin ketat..adoila..best sangat ke?

Komen dari seorang Haji kat Opis aku :-

Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:
i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara

kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher

bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau

bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak

bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua

dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk

diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...