Harini dapat emel dari seorang sahabat di johor,emel fwd juga.mengenai Isu Ayam KFC,aku rasa ramai dah tahu tentang isu ni..banyak blogger dah cite/ulas isu ni kot..xpe..aku fwd balik emel tu kat bawh ni.., tapi bukan sbb nk komen tentang isu Ayam KFC ni..tapi sekadar nk kongsikan apa yg di ulas oleh seorang Sahabat yg saya hormati di Opis ( selalu berkongsi Ilmu agama dengan Beliau) mengenai isu sembelihan ayam ni,kata beliau :-
Dr Abdul Rahman dlm satu ceramahnya mencelah bahawa dia dan keluarga tidak makan ayam KFC krna ragu tentang cara penyembelihan ayam2 tsbt. Tapi terpulang kpd saudara/saudari sekelian. D samping itu dia menyarankan supaya kita membeli dan makan ayam organik krna dia yakin akan cara penyembelihannya malah ianya tidak melibatkan suntikan utk mempercepatkan pembesarannya yg boleh memudaratkan kesihatan.
D suatu ketika d surau saya menyediakan freezer utk menjual ayam organik ,tetapi d sebabkan sambutan kurang mengalakkan maka usha murni tsbt d hentikan. Katanya lagi kalau masih ada rasa was was adalah lebih baik beli ayam hidup dan sembelih sendiri. ( Saya pernah melihat ayam dan burung setelah d sembelih dia berjalan dan terbang. Begitu juga lembu korban sesudah d sembelih tali terlucut, dia masih berdaya bongkah dan mengejar budak yg memakai baju T shirt warna merah. Tapi nasib baik bila tanduknya hampir mencecah budak tsbt dia pun berhenti dan rebah).
D sini d perturunkan perihal yg berkaitan dgn ruang lingkup mengeni penyembelihan dan pengertiannya d samping peristiwa2 yg d ceritakan d bawah utk d jadikan panduan dan pengajaran sypaya kita dapat menilainya bersama... sedangkan Ustaz Daud Che Ngah menolak ayam KPC utk d hidangkan kpd bakal jamaah haji, mahukah kita ingin terus bersubahat memakannya?
Apakah Pengertian Penyembelihan yg sebenarnya?
Menyembelih binatang yg halal d makan dgn syarat2 tertentu dgn menggunakan sesuatu yg tajam selain gigi, kuku dan tulang
Syarat2 Penyembelihan
1) Org yg menyembelih hendaklah beragama islam
2) Binatang yg d sembelih masih hidup
3) Binatang yg halal d makan
4) Binatang yg mati dgn sekali sembelihan
5) Putus urat halkum dan urat merih (halkum ialah saluran pernafasan,urat merih ialah saluran makanan terletak d bawah urat halkum)
Dalil Al Maidah ayat 3,
" Dharamkan kpd kamu ( makan ) bangkai (binatang ) yg tidak d sembelih, darah ( yg keluar mengalir ), daging babi, binatang yg d sembelih yg lain dari Allah, binatang yg mati d cekik,, mati d pukul, mati d makan binatang buas, kecuali yg sempat kamu sembelih ( sebelum habis nyawa )".
Perkara yg sunat ketika melakukan penyembelihan
1) Membaca BismillhiAllah millati ya rasulillah, Bismillahi Allahuakbar
2) Allahuma solli 'ala Muhammad
3) Memutuskan 2 urat tepi(wijdin) yg terletak d kanan dan kiri leher binatang supaya cepat mati
4) Mengadap kiblat
5) Menggunakan alat tajam
Hikmah Sembelihan
1) Sembelihan dapat mengalirkan darah binatang dari dalam badan dgn cepat
2) Binatang tidak terseksa ketika hendak mati
3) Membezakan dgn org kafir tentang mematikan binatang
4) Menjadikan sihat tubuh badan bagi org yg memakan dagingnya
Selamat mencuba menyembelih ayam sendiri kalau rasa was- was membeli ayam sembelihan yg d jual d pasar2 atau d pasaraya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Emel mengenai isu Ayam KFC :- Sumber kotak emel
Ni satu lagi kes sembelih… quote dr penulis:
Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi…sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.
Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:
Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.
Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.
Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel
muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.
Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.
Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.
Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.
Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam.
Assalamualaikum wbk.
Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.
Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.
Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm…macamana tu?.
Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.
Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi,
hmmm….macamana tu?
Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.
Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.
Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut ” bis ” saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.
**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, ” setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka ” .
MAKA BERHATI – HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.
Wassalam.
kata emel yang di Fwd2 kan sebelum ni..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita yang sama di kebanyakkan blog, tapi ade ulasan dari JAKIM sendiri :-
JAWAPAN JAKIM:
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC / Produk AYAMAS Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal. Sejak pengambil alihan tersebut, diantara perkara UTAMA dan TERPENTING diambil tindakan oleh pihak pengurusan syarikat ialah penubuhan Jabatan Shariah & Pematuhan Halal yang mengendalikan ursuan berkaitan pemantauan Halal dalaman bagi mempastikan semua produknya disediakan selamat dan Halal dimakan oleh umat Islam. Dengan panduan yang diberi oleh Majlis Penasihat Shariah, jabatan ini bukan sahaja bergantung kepada pemantauan bebas HDC (dulunya JAKIM) dalam soal pematuhan Halal oleh setiap unit bisness di dalam syarikat kumpulan nya, malah, lebih jauh daripada itu syarikat telah mewujudkan Unit Audit Halal yang mengambil tanggung jawab memantau dengan rapi setiap tahap penyediaan dan proses produk keluaran nya. Selain mematuhi piawaian Halal yang terkandung dalam MS 1500:2004 yang berkaitan dengan penyediaan makanan Halal, panduan persijilan Halal JAKIM, GMP, HACCP dan piawaian Jabatan Haiwan Malaysia, Jabatan Shariah & Pematuhan Halal telah mewujudkan satu sistem jaminan Halal komprehensif dalam semua rantaian makanan daripada “farm to fork”. Sebaran email FITNAH (sejak 23 tahun yang lalu) yang berterusan itu amat tidak adil, tidak bertanggung jawab dan sesungguhnya memperlihatkan sifat mungkar penyebarnya dan yang meneruskan penyebaran nya secara berterusan dan menyebarnya secara meluas tanpa sedikitpun mengambil kira kesahihan nya (suatu sifat keji yang dilarang oleh agama) dalam keadaan semasa. Disertakan bersama-sama ini surat penafian dan rasa kekesalan yang dibuat oleh Ustaz Daud Che Ngah (yang kini bergelar Datuk) berhubung penyebaran fitnah tersebut secara berterusan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, sekiranya benar-benar ingin mencegah kemungkaran, dan membantu kami dalam melaksanakan fardu kifayah menyediakan makanan Halal kepada masyarakat, email berkenaan seharusnya tidak lagi disebar atau dihiraukan bagi mengelakan kita turut bersubahat dengan kemungkaran menyebar FITNAH. Sebaliknya, sebarluaskanlah email saya ini agar kebenaran mengatasi kepalsuan dan akhirnya kita semua memperolehi keberkatan, InsyaAllah. Sebarang masaalah dan kemusykilan berkaitan isu ini perlu disusul dan dipastikan kesahihan nya dengan piahk JAKIM dan HDC sebagai pengawal selia persijilan Halal di Malaysia atau boleh menghubungi terus Jabatan Shariah & Pematuhan Halal QSR Brands / KFC (M) Berhad email: halal@kfcholdings.com.my bagi mendapatkan kepastian. Sekian, Wassalam Mohd Roslan bin Mohd Saludin, Setiausaha, Majlis Penasihat Shariah QSR Brands / KFC Holdings (M) Berhad
sumber : http://www.halal.gov.my
No comments:
Post a Comment